Dana Pembangunan SRITI Tahfiz Al Itqan Fasa 2

Dana Pembangunan SRITI Tahfiz Al Itqan Fasa 2

Assalamualaikum

Rayuan Dana Pembangunan SRITI Tahfiz Al Itqan Paya Besar

وَأَنفِقُوا مِن مَّا رَزَقْنَاكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ
رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ الصَّالِحِينَ

Surah Al-Munafiqun:10

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".

Ya Allah, janganlah engkau masukkan kami ini daripada golongan yang menyesal apabila mati nanti!
Ya Allah, kematian ini tidak boleh untuk dilewatkan!
Ya Allah, kami tak mahu tergolong daripada orang-orang yang rugi apabila mati nanti!
Ya Allah, kami yakin dengan janji-Mu bahawa setiap amalan baik pasti dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda!
Ya Allah, bantulah kami untuk terus bersedekah dan tidak fakir untuk mendermakan harta kami dijalan Allah SWT!


SRITI Tahfiz Al Itqan ini 100% bergantung pada sumbangan orang ramai. Sekiranya sumbangan kurang atau terputus maka proses pembinaan boleh tergendala.










Lawatan pelajar-pelajar SRITI Tahfiz Al Itqan ke tapak pembangunan sekolah

Bantulah mereka untuk mendapat kemudahan sekolah yang lebih baik.

    Sampai hari ini, bangunan fasa 1 hanya mampu menampung 4 kelas sahaja. Oleh kerana kelas terhad, pengambilan pelajar pun terhad. InsyaAllah bangunan fasa 1 ini boleh digunakan selepas PKP. Sebelum ini, kami terpaksa menyewa SAR berdekatan untuk meneruskan pembelajaran anak-anak murid kami.

    Oleh itu, fasa 2 ini kami akan membina bangunan 3 tingkat yang akan menyiapkan sekurang-kurangnya 12 kelas. Dijangkakan projek yang menelan belanja RM2 juta ini akan dimulakan pada Januari 2021 sekiranya diizinkan Allah. Kami berdoa kepada Allah moga dipermudahkan urusan pembangunan Fasa 2 ini. Moga Allah membuka hati orang ramai untuk membantu kami dalam menjayakan pembangunan ini.

    Namun begitu, sehingga kini pihak sekolah belum lagi mampu untuk menambun keseluruhan tapak sekolah oleh kerana dana tidak mencukupi.






Pengerusi SRITI, Ustaz Muhammad Alif sedang berada di tapak sekolah melihat aktiviti tambun tanah






Allah SWT berfirman dalam Surah Al Baqarah: 261:

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

- Surah Al-Baqarah:261
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

إِذَا مَاتَ الإنْسَانُ انْقَطَعَ عنْه عَمَلُهُ إِلَّا مِن ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِن صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو له.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara :
1. Sedekah jariah
2. Ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain
3. Anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

         
Sempena bulan yang mulia ini, bulan yang Allah gandakan pahala dan buka seluas-luasnya pintu kebaikan, marilah menyumbang dan membina amal jariah dengan membantu pembinaan sekolah kami. Tuan/puan boleh juga niatkan bagi pihak ibubapa atau ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

JOM! REBUT PAHALA RAMADHAN YANG MULIA INI...


SRITI TAHFIZ AL ITQAN
BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
0601-0004296-71-5


Semoga Allah memberkati kita di dunia & di akhirat!


Tuan/Puan yang dirahmati Allah,
    Bantulah kami!
    Bantulah kami!
    Bantulah kami!





Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Sumbangan RM20
Sumbangan RM50
Sumbangan RM100
Sumbangan RM250
Sumbangan RM500
Sumbangan RM1000
Sumbangan RM5000
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN

Assalamualaikum