Membeli Sambil Menyumbang untuk Pembangunan Fasa 2 SRITI Tahfiz Al Itqan Paya Besar
Ingin membeli sambil berinfaq?
Moh membeli baju SRITI Al Itqan sambil berinfaq/bersedekah untuk projek pembangunan Fasa 2 SRITI Al Itqan
Pihak SRITI hanya mempunyai masa dalam sebulan lagi untuk mencari dana piling Fasa 2 yang menelan belanja sekitar RM300,000. Diantara inisiatif bagi mencari dana ini, pihak sekolah melancarkan Dana Jualan Baju. Semoga dengan usaha ini, dapat membantu pihak sekolah untuk mengumpul dana pembangunan Fasa 2.
Sebelum itu, pihak Ahli Jawatankuasa Sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menjayakan projek pembangunan Fasa 1. Alhamdulillah, bangunan Fasa 1 telah selamat didiami oleh pelajar-pelajar. Semoga setiap sen yang disumbangkan oleh kalian akan dinilai oleh Allah SWT & menjadi sedekah jariah (berjalan walaupun sudah mati). Amin!!!

Pili Bomba sudah siap dipasang dengan kos hampir RM30,000. Menunggu untuk dibuat sambungan oleh PAIP

Kerja-kerja Soil Investigation (menyiasat tanah untuk mengetahui kedalaman tanah bagi projek piling), kos hampir RM10,000

Ustaz Fazli (Penasihat) & Ustaz Alif (Pengerusi) meninjau kerja-kerja Soil Investigation

Khusyuk betul Ustaz Nazir & Ustaz ASBI tengok orang buat kerja

Inilah keluarga SRITI Al Itqan (Retreat ALP, Guru-guru & wakil JIBG)
Dibawah ini disertakan design baju & saiz baju
Material: Quick Dry Microfiber Small Diamond
Design untuk Lelaki (Dewasa & Kanak-kanak)

Saiz untuk Lelaki Dewasa

Design untuk Muslimah (Dewasa & Kanak-kanak)

Saiz untuk Muslimah Dewasa

Saiz kanak-kanak lelaki (seperti diatas)
Saiz kanak-kanak perempuan (seperti diatas, lengan panjang & dilabuhkan 5")